JUMAAT, 4 JUN 2021
SERIAN: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Bunga Siantan A dengan kerjasama Rela dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah mengambil inisiatif mengawal laluan keluar masuk di kampung tersebut bermula 4 Jun lepas.
Tujuan inisiatif tersebut adalah untuk mengawal pergerakan penduduk dan kemasukan orang luar bagi usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Bunga Siantan, Mohamad Openg Mahamad memberitahu, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu berganding bahu di samping membantu kerajaan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Selain itu, beliau menasihatkan penduduk agar kekal berada di rumah dan keluar apabila perlu sahaja.–EDISI UKAS