Masyarakat Di Tebedu Patuh Kepada SOP PKP

JUMAAT, 4 JUN 2021

TEBEDU: Pekan Tebedu kini lengang setelah penguatkuasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 29 Mei lepas.

Berdasarkan tinjauan UKAS pada Jumaat mendapati penduduk kampung dan premis perniagaan di sekitar Tebedu terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Premis perniagaan seperti kedai runcit juga beroperasi seperti biasa, manakala kedai makan juga dibuka untuk pembungkusan makanan sahaja.

Selain itu, pejabat kerajaan masih beroperasi dengan kehadiran 50 peratus kakitangan sahaja dibenarkan.

Orang ramai yang mempunyai urusan penting perlu membuat temujanji dengan Pejabat Daerah Tebedu di talian 082-797204 dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di talian 082-797343. -EDISI UKAS

Share

add comment