Pematuhan SOP Di Pekan Bekenu Terkawal

JUMAAT, 4 JUN 2021

BEKENU: Suasana di Pekan Bekenu dalam keadaan terkawal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Kerajaan Sarawak baru-baru ini. 

Keadaan pasaraya lengang dengan penduduk hanya keluar untuk membeli barangan keperluan dan mendapatkan rawatan di klinik berdasarkan temu janji, manakala kedai makan yang menjual makanan mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang ditetapkan kerajaan. 

Salah seorang peniaga kedai makan yang ditemui memberitahu sejak pelaksanaan PKP pada 29 Mei lepas keuntungan hariannya jatuh sektar 70 peratus. 

Ini disebabkan kedai makanan masih tidak dapat menerima pelanggan dan hanya menerima pesanan untuk dibawa pulang. 

Bagaimanapun, mereka akur dengan arahan tersebut kerana langkah ini dipercayai dapat membantu mengekang penularan wabak COVID-19 terutama di kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, kawalan kendiri di kalangan ahli keluarga dan penduduk tetap diberikan keutamaan dengan mengurang dan menghadkan pergerakan memandangkan peningkatan kes dikesan melalui perjumpaan sosial. -EDISI UKAS

Share

add comment