Pematuhan SOP PKP Masih Baik Di Sarikei

JUMAAT, 4 JUN 2021

SARIKEI: Tiada premis mahupun orang awam telah dikenakan kompaun kerana melanggar garis panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarikei setakat ini.

Pemantauan oleh anggota penguatkuasa Majlis Daerah Sarikei (MDS) pada Jumaat mendapati kebanyakan premis perniagaan yang diperiksa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Malah orang awam juga didapati memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di tempat awam.

Sebanyak 20 premis telah diperiksa dalam pemantauan dilakukan anggota MDS dengan kerjasama PDRM, APM dan RELA. – EDISI UKAS

Share

add comment