Tiada Kompaun Ingkar SOP Gawai 2021 Dikeluarkan Di Kapit

JUMAAT, 4 JUN 2021

KAPIT: Tiada kompaun dikeluarkan bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Hari Gawai Dayak di Kapit.

Operasi Pematuhan SOP Gawai 2021 yang dijalankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit ke atas beberapa buah panjang dari 1 hingga 3 Jun 2021 mendapati penduduk rumah panjang akur dengan SOP yang telah ditetapkan.

Operasi yang turut dikenali Operasi Munuh COVID-19 Menua Kapit itu juga mendapat kerjasama daripada Pasukan Bertindak Pematuhan SOP Hari Gawai 2021.

Antara rumah panjang yang dilawati semasa operasi termasuk Rumah William Unchat, Ulu Yong, Rumah Bilong, Sungai Engkatit, Rumah Lapik, Sungai Engkatit dan Rumah Manok Manchal di Ulu Yong.-EDISI UKAS

Share

add comment