SABTU, 5 JUN 2021
DALAT: Seramai 115 orang yang terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Dalat, warga emas dan orang awam menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama.
Program vaksinasi tersebut telah diadakan di Stadium Perpaduan Dalat dengan lancar pada Jumaat bermula dari jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.
Rata-rata penerima suntikan vaksin berkenaan menzahirkan rasa syukur kerana telah mendapatkan suntikan pertama dan bersedia untuk menerima suntikan kedua pada tarikh temujanji dos kedua nanti. -EDISI UKAS