222 Penduduk Telang Usan Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama

SABTU, 5 JUN 2021

LONG LAMA: Seramai 222 orang penduduk di Telang Usan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C)  Kee Tee,  Long Lama pada Sabtu. 

Mereka yang datang seawal jam 8.00 pagi merupakan sebahagian daripada penduduk yang tinggal di Long Lama dan menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. 

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang diadakan di Daerah Telang Usan mendapat sambutan baik, bagaimanapun kehadiran mereka lewat disebabkan kekangan masalah logistik. -EDISI UKAS

Share
0