2,498 KIR Di Sadong Jaya Jalani PKP Terima Sumbangan Bantuan Bekalan Makanan

SABTU, 5 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN: Seramai kira-kira 2,498 ketua isi rumah (KIR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya menerima sumbangan bantuan bekalan makanan sumbangan dari Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya,Aidel Lariwoo telah melakukan simbolik penyampaian sumbangan kepada penduduk bermula dari Semera Lot Baru hingga ke Kampung Bilis Sadong Jaya pada Sabtu.

Sumbangan diserahkan kepada penduduk Lot Baru Semera,, Semera Masjid, Semera Lot, Semera Hilir, Ulu Semera, Jemukan, Jemukan Cina, Sadong Jaya, Sadong Jaya Laut, Sadong Jaya Ulu, Iboi, Pelandok  dan tidak termasuk Kampung Jaie yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau yang sedia maklum keadaan kampung Jaie itu berharap supaya penduduk sentiasa tabah dan bersabar serta mematuhi setiap arahan dan saranan pihak berkuasa bagi memastikan semua penduduk terselamat dari wabak pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang awam untuk kekal berada di rumah masing-masing dengan melaksanakan ‘Self-lockdown’ serta mematuhi arahan dan juga garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh PKP.

Sementara itu, beliau turut menyatakan penghargaan terhadap peranan dan sumbangan petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia, RELA, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan Malaysia serta petugas-petugas barisan hadapan yang lain yang bertungkus lumus dalam memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan. – EDISI UKAS

Share

add comment