411 Individu Lagi Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID-19 Di Bau

SABTU, 5 JUN 2021

BAU: Seramai 411 orang individu lagi dari daerah Bau menerima suntikan dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Bau pada Jumaat.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa kedua itu bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang bertempat di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak.

Penerima vaksin jenis Sinovac itu membabitkan golongan warga emas dan individu yang mempunyai sejarah penyakit.

Turut menerima vaksin adalah para sukarelawan vaksin (myvac), anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan guru-guru di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment