HDA Sumbang Dua Mesin Hampagas Berkuasa Tinggi

SABTU, 5 JUN 2021

LONG LAMA: Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) telah menyerahkan sumbangan dua mesin hampagas berkuasa tinggi bagi kegunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Telang Usan pada Sabtu.  

Sumbangan telah disampaikan wakil HDA Leslie Emang Jau kepada Penghulu Desmond Yap yang mewakili Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telang Usan dan disaksikan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau. 

Mesin hampagas ini akan digunakan untuk membersih Dewan PPV setiap kali selesai program bagi memastikan kebersihan dan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang menerima suntikan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment