Jemaah Di Lundu Patuh SOP Solat Jumaat

SABTU, 5 JUN 2021

LUNDU: Para jemaah di Lundu didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat Jumaat di Masjid Pehin Sri Adenan Satem di sini pada Jumaat.

Pemantauan petugas barisan hadapan dan ahli jawatankuasa pengurusan bencana Daerah Lundu mendapati para jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

MIS telah menetapkan SOP itu dalam garis panduan SOP pengimarahan masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sehingga 14 Jun depan.

Untuk rekod, berdasarkan SOP berkenaan, hanya lima orang membabitkan pegawai masjid serta jawatankuasa pengurusan masjid atau surau dibenarkan hadir untuk solat fardu lima waktu dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter.

Manakala, bagi solat Jumaat pula, hanya 15 orang terdiri daripada pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan masjid atau surau dibenarkan hadir juga dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter.-EDISI UKAS

Share

add comment