Kes Positif COVID-19, Terminal Bas Bintulu Diarah Tutup

SABTU, 5 JUN 2021

BINTULU: Terminal Bas Bintulu diarah tutup pada Jumaat selepas satu kes positif COVID-19 dikesan di kalangan warga kerja terminal itu. 

Dalam satu notis yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu pada Jumaat, terminal Bas Bintulu ditutup selama 14 hari berkuatkuasa 3 Jun hingga 16 Jun ini.

Sementara pengurusan Terminal Bas Bintulu dalam kenyataan berkata, sepanjang tempoh penutupan itu segala urusan dalam bangunan tidak dibenarkan. 

Bagaimanapun, kaunter sementara termasuk urusan pengambilan dan penurunan kargo barang disediakan di parkir bas yang terletak di bahagian belakang bangunan terminal. 

Sebarang pertanyaan, sila rujuk Eva Express Bus (014-6999605), Lanang Bus and Rejang Transports (017-8063581), Borne Bus (019-8790522), Freesia Bus (019-8145358), MTC Transport (019-8754424), Sungai Merah (012-8744319/ 017-8099722), Bintang Jaya (013-5776727/ 013-8155178) dan Biaramas /Bus Asia (012-8866201). -EDISI UKAS

Share

add comment