Naik Taraf Sistem Perparitan Jalan Lang Dan Jalan Pujut Sebagai Projek Perintis Atasi Banjir Kilat

SABTU, 5 JUN 2021

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menjadikan Projek Naik Taraf Sistem Perparitan Jalan Lang 3, Jalan Lang 4 dan Jalan Pujut 4, Miri ini sebagai projek perintis. 

Menurut Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, projek ini merupakan cadangan ‘underground’ untuk menutup parit dan pada masa sama menyelesaikan isu banjir kilat. 

“Jika Projek Naik Taraf Sistem Perparitan di kawasan ini berjaya, Majlis Bandaraya Miri (MBM) juga akan melaksanakan projek tersebut di beberapa kawasan perumahan lain di Daerah Miri.

“Ini sebagai langkah untuk menyelesaikan kejadian banjir kilat yang sering berlaku di bandaraya Miri ketika hujan lebat,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan pemantauan ke Tapak Projek Naik Taraf Sistem Perparitan di Jalan Pujut 4, Miri pada Jumaat. 

Satu dialog bersama penduduk juga telah diadakan bagi mendengar cadangan dan pendapat mereka sehingga membawa kepada projek naik taraf sistem perparitan ini. -EDISI UKAS

Share
0