Pekan Pantu Sunyi, Pengunjung dan Peniaga Tetap Patuh SOP

SABTU, 5 JUN 2021

SRI AMAN: Keadaan Pekan Pantu kini sunyi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 29 Mei lepas di seluruh negeri. 

Tinjauan kru Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Jumaat di Pasar Tamu hanya menyaksikan hanya terdapat beberapa orang penjual sahaja yang menjual sayur-sayuran mereka. 

Selain itu, premis perniagaan seperti kedai runcit masih beroperasi seperti biasa dan kedai makan juga dibuka namun hanya untuk secara bawa pulang sahaja. 

Para pengunjung dan peniaga didapati mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS

Share

add comment