Penduduk di DUN Bukit Begunan Akan Terima Bantuan Makanan Dalam Masa Terdekat

SABTU, 5 JUN 2021

SRI AMAN: Penduduk yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan akan menerima bantuan bekalan makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang dalam perbincangan mengenai bantuan itu pada Jumaat memberitahu, penghantaran barang makanan itu akan disalurkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, perbincangan tersebut juga turut menyentuh mengenai pengangkutan yang akan digunakan untuk menghantar bekalan makanan dan pencarian pembekal untuk menyediakan barang yang akan disalurkan kelak.

Beliau turut menasihati Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memastikan dan mengingatkan penduduk untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment