Pengunjung Serta Peniaga Pasar Tamu Bau Patuh SOP PKP

SABTU, 5 JUN 2021

BAU: Para pengunjung yang mengunjungi Pasar Tamu Bau di sini didapati mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan UKAS pada Sabtu mendapati, sebelum memasuki pasar tamu para pengunjung dikehendaki mengimbas aplikasi MySejahtera dan melakukan pemeriksaan suhu badan.

Malah, setiap pengunjung termasuk peniaga juga didapati memakai pelitup muka semasa membeli barangan keperluan serta menjaga penjarakan fizikal.

Majlis Daerah Bau (MDB) dalam pada itu hanya membenarkan 50 orang pengunjung sahaja memasuki ke pasar tamu tersebut pada satu-satu masa mengikut nombor giliran yang disediakan sebelum memasuki bangunan.

Rata-rata peniaga adalah penjaja sayur, ikan, kuih, makanan kering dan buah yang hanya menjaja dalam bangunan Pasar Tamu.

Tinjauan juga mendapati hanya terdapat satu laluan masuk dan keluar sahaja dibuka kepada pengunjung.

Sebelum ini, MDB pada Jumaat telah mengeluarkan notis pengumuman berkaitan perniagaan yang dibenarkan beroperasi kepada hanya yang berlesen termasuk operasi Pasar Tamu.

Tindakan kompaun juga akan dikeluarkan serta-merta jika terdapat pelanggaran SOP. -EDISI UKAS

Share

add comment