Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua Peringkat Daerah Bau, Terus Dapat Sambutan Memberangsangkan

SABTU, 5 JUN 2021

BAU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua peringkat Daerah Bau terus mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Terbaharu, seramai 516 orang lagi individu dari daerah berkenaan hadir pada janji temu untuk suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak pada Sabtu.

Penerima vaksin jenis Pfizer-BioNtech itu membabitkan golongan warga emas dan individu yang mempunyai sejarah penyakit.

Program yang dikendalikan oleh petugas Kesihatan Daerah Bau itu berjalan lancar dan turut dibantu petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share

add comment