Seramai 300 Lagi Penduduk Lundu Terima Vaksin COVD-19 Dos Pertama

SABTU, 5 JUN 2021

LUNDU : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Daerah Lundu yang diadakan pada Sabtu telah menyaksikan seramai 300 orang penduduk menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dos pertama bagi fasa kedua.

Para penerima yang hadir, terdiri daripada warga emas serta individu berisiko tinggi rata-rata memberi sepenuh kerjasama sepanjang program yang dilaksanakan di Dewan Masyarakat Lundu itu.

Difahamkan, program berkenaan dijangka akan berjalan dengan skala lebih meluas pada tarikh-tarikh vaksinasi yang akan dihebahkan dalam masa yang terdekat sehingga bulan Julai. -EDISI UKAS

Share

add comment