Seramai 401 Individu Lagi Dari Lundu Terima Vaksin COVID-19

SABTU, 5 JUN 2021

LUNDU: Seramai 401 orang individu lagi menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Lundu, pada Jumaat.

Program Vaksinasi COVID-19 Fasa Kedua Daerah Lundu itu berjalan lancar dengan semua penerima memberi kerjasama dengan para petugas di PPV berkenaan.

Untuk rekod, seramai 929,435 individu disasarkan menerima vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Sarawak.

Fasa kedua ini menyasarkan golongan berisiko tinggi iaitu mereka yang mempunyai penyakit kronik (comorbidities) dan warga emas berumur lebih 60 tahun. -EDISI UKAS

Share

add comment