Tiada Kompaun Dikeluarkan Setakat Ini, Pengguna Feri Batang Igan Patuh SOP

SABTU, 5 JUN 2021

IGAN: Tiada kompaun dikeluarkan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan di Pengkalan Feri Batang Igan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bertugas di SJR tersebut pada Sabtu.

“Setakat ini tiada kompaun dikeluarkan kerana semua pengguna Feri Batang Igan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Sekatan tersebut dilaksanakan sejak 30 Mei yang lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan pihak PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Matu.

Menurut kru feri Batang Igan, operasi feri agak perlahan sejak sekatan tersebut dilaksanakan.

Berdasarkan catatan, jumlah kenderaan yang menggunakan feri berkurangan sehingga 50 peratus dari hari biasa. – EDISI UKAS

Share

add comment