200 Penduduk Sebauh Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama

AHAD, 6 JUN 2021

SEBAUH: Seramai 200 orang penduduk Daerah Sebauh telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya pada Sabtu. 

Mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19 itu terdiri daripada warga emas dan golong rentan yang mempunyai penyakit berisiko tinggi. 

Program Vaksinasi yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Pihak Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) yang dibantu Sukarelawan MyVac, Sukarelawan PBB DUN Kemena, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis DIRaja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Pejabat Daerah Sebauh. -EDISI UKAS

Share

add comment