AHAD, 6 JUN 2021
SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyumbang bantuan makanan asas kepada penduduk di 26 pintu Rumah Panjang Robert, Sungai Merudu yang telah dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh wakil beliau, Penghulu Huang Tiong Kang di rumah panjang terbabit pada Sabtu.
Rumah Panjang Robert, Sungai Merudu ini dikenakan PKPD selama 17 hari bermula 4 hingga 20 Jun 2021.- EDISI UKAS