AHAD, 6 JUN 2021
LUNDU: Seramai 400 orang individu lagi telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID -19 dalam Program Vaksinasi COVID-19 Fasa Kedua Daerah Lundu pada Ahad.
Para penerima vaksin jenis Sinovac itu terdiri daripada golongan warga emas serta individu berisiko tinggi.
Program vaksinasi itu adalah salah satu sesi vaksinasi dalam skala besar sepanjang bulan Jun dan Julai ini.
Secara keseluruhannya, program vaksinasi berjalan dengan lancar. -EDISI UKAS