ADUN Meradong Minta Orang Ramai Sabar Tunggu Giliran Vaksinasi

AHAD, 6 JUN 2021

BINTANGOR: Orang ramai di Meradong yang belum menerima temujanji untuk divaksinasi diminta bersabar menunggu giliran mereka.

Menurut ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, Pejabat Daerah Meradong dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Meradong akan memainkan peranan agar semua warga Daerah Meradong berbilang bangsa akan menerima suntikan vaksin mengikut masa yang telah ditetapkan.

Bercakap kepada UKAS semasa meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Bintangor pada Sabtu, Datuk Ding berharap pembekalan suntikan vaksin di Daerah Meradong dilaksanakan setiap minggu pada bulan ini dengan memberi keutamaan kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Beliau dalam pada itu gembira kerana melihat ramai warga emas dari Meradong yang hadir menerima suntikan vaksin di PPV Bintangor.

Seramai 294 warga emas menerima suntikan vaksin pada Sabtu. – EDISI UKAS

Share

add comment