Ahli Parlimen Baram Sumbang RM5,000 Kepada PPV Long Lama

AHAD, 6 JUN 2021

TELANG USAN: Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau telah memberikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Long Lama pada Sabtu. 

Sumbangan telah diterima Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai yang mewakili PPV Telang Usan yang bertujuan untuk membeli keperluan makan dan minum para sukarelawan bertugas sepanjang tempoh pemberian vaksin.

Ketika ini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua sedang diadakan bagi warga emas dan golongan rentan yang mempunyai penyakit kronik. -EDISI UKAS