Ahli Parlimen Limbang Santuni Mangsa Kebakaran PGA Limbang

AHAD, 6 JUN 2021

LIMBANG: Kebakaran yang berlaku di berek Blok S Kompeni C Batalion 12, Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang yang berlaku pada awal pagi 1 Jun lepas telah mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah. 

Kebakaran itu hampir memusnahkan berek 8 pintu yang didiami oleh 16 anggota PGA. 

Semasa kejadian, hanya 9 orang anggota berada di berek tersebut semasa kejadian manakala 7 orang lagi bertugas di tempat operasi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut. 

Dalam lawatan pada Sabtu Datuk Hasbi yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM700 setiap seorang dengan keseluruhannya berjumlah RM11,200.00.

Semua anggota yang terlibat kini ditempatkan di dewan kantin sementara mencari tempat tinggal untuk mereka.

Hadir sama Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Kompeni Komander, Kompeni C Batalion 12, Pasukan Gerakan Am Limbang ASP Azhar bin Mohammad dan Pemanca Leong Boong Ming. -EDISI UKAS

Share
0