Jabatan Penerangan Daerah Tanjung Manis Giatkan Program IOW

AHAD, 6 JUN 2021

TANJUNG MANIS :  Jabatan Penerangan Daerah Tanjung Manis  terus mempergiatkan program ‘Info On Wheels’ (IOW) dalam usaha membantu pihak kerajaan menyebarkan maklumat mengenai situasi terkini berkaitan COVID-19.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Tanjung Manis, Yusuf Ahmad, program dijalankan pada Ahad di sekitar Kampung Belawai, Jerijeh Baru, Rajang dan Bandar Tanjung Manis dengan mengunakan kenderaan Unit Bergerak, bagi menyampaikan informasi kepada penduduk setempat.

Antara intipati maklumat adalah berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebaikan pengambilan Vaksin COVID-19, bantuan-bantuan dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri termasuk langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Selain hebahan umum, tambah beliau, turut diagihkan risalah dan poster yang berkaitan, bertujuan memastikan semua penduduk menerima penerangan dengan lebih jelas. -EDISI UKAS

Share

add comment