AHAD, 6 JUN 2021
GEDONG: Penduduk di Gedong terus mematuhi arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pemantuan pada Sabtu mendapati keadaan di beberapa premis perniagaan dan tempat kemudahan awam di sini kelihatan lengang dan penduduk hanya keluar rumah apabila ada urusan penting sahaja.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Pencegahan COVID-19 Peringkat Gedong baru-baru ini melibatkan semua pemimpin masyarakat, Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gedong dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) bagi memastikan penduduk sentiasa mematuhi garis Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP ini.-EDISI UKAS