PKPD: Penduduk Di Selangau Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

AHAD, 6 JUN 2021

SELANGAU: Pejabat Daerah Selangau dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Tamin telah menyampaikan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang kepada penduduk Penghulu Agustine Anjat pada Sabtu.

Sebanyak 1000 isi rumah dari kawasan di bawah beliau meliputi kawasan Dijih, Selangau dan Ulu Mukah menerima sumbangan tersebut.

Ia diserahkan kepada tuai rumah untuk diagihkan kepada penduduk di rumah masing-masing bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-EDISI UKAS

Share

add comment