PKPD: Tujuh SJR Dilaksanakan Di Kampung Jaie, Sadong Jaya

AHAD, 6 JUN 2021

ASAJAYA: Kira-kira 286 keluarga melibatkan 2,344 orang penduduk di Kampung Jaie, Sadong Jaya di sini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 3 Jun sehingga 16 Jun 2021.

Sehubungan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA bertindak melakukan kawalan ketat dengan melaksanakan tujuh operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan itu bagi memastikan tiada aktiviti keluar dan masuk ke kampung terbabit.

Dalam pada itu, pihak Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menghantar bantuan makanan ke Bilik Operasi dan Dewan Masyarakat Kampung Jaie untuk diserahkan penduduk kampung dan juga petugas barisan hadapan yang terlibat. -EDISI UKAS

Share

add comment