Program Vaksinasi Covid-19 Di Song Diteruskan Kepada 200 Lagi Penerima

AHAD, 6 JUN 2021

SONG: Seramai 200 lagi warga emas, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan orang awam di Song menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad.

Program itu diadakan di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song dengan penerima diberi vaksin jenis Sinovac.

Dos kedua akan diberikan pada 27 Jun ini namun penerima disarankan agar kekal mematuhi SOP walaupun sudah melengkapkan pengambilan vaksin.

Proses vaksinasi berjalan dengan lancar dan teratur tanpa kejadian yang tidak diingini. – EDISI UKAS

Share

add comment