Seramai 835 KIR Di DUN Tebedu Terima Bantuan Makanan Daripada Kerajaan Sarawak

AHAD, 6 JUN 2021

SERIAN: Seramai 835 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 15 buah kampung di kawasan DUN Tebedu di sini menerima bantuan makanan fasa pertama.

Simbolik program penyerahan bantuan bakul makanan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Dr. Simon Sinang Bada dan Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw bertempat di Tebedu One Stop Centre (TOSC) pada Sabtu.

Sumbangan ini akan diagihkan secara berperingkat iaitu mengikut lima zon secara serentak dan dijangka selesai pada 11 Jun 2021.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong ketika dihubungi memberitahu, program terbabit merupakan bantuan fasa keenam dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) kepada isi rumah yang terjejas di seluruh Sarawak susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, beliau turut menasihati agar semua petugas yang terlibat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menjalankan tugasan pengagihan.-EDISI U

Share

add comment