SJR: Penduduk Mukah Dan Dalat Beri Kerjasama

AHAD, 6 JUN 2021

MUKAH: Penduduk di kawasan Mukah dan Dalat terus memberikan kerjasama penuh dalam membantu kerajaan membendung penularan jangkitan COVID-19 di kawasan tersebut.

Hasil pemantauan pada Sabtu, keadaan lalu lintas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Daerah Dalat Di Kampung Penat Oya agak lengang dari kebiasaan.

Selain itu, dimaklumkan setakat ini tiada kompaun dikeluarkan di sini kerana kesemua pengguna jalanraya mempunyai permit dan mematuhi prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share

add comment