Warga Mukah Beri Kerjasama Patuhi SOP PKP

AHAD, 6 JUN 2021

MUKAH: Masyarakat di Mukah terus memberikan kerjasama dengan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan.

Menurut Ketua Balai Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, hasil pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jebungan pada Sabtu mendapati tiada kompaun dikeluarkan oleh pihaknya.

Tambahnya lagi, jumlah kenderaan awam yang melalui SJR juga kurang malah tiada yang diarahkan untuk berpatah balik.

Justeru, beliau amat berharap orang ramai terus mematuhi SOP ditetapkan agar penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan di daerah itu.

SJR di Jebungan turut dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan RELA. – EDISI UKAS

Share

add comment