1,234 Penduduk Telang Usan Telah Terima Vaksin COVID-19

ISNIN, 7 JUN 2021

TELANG USAN: Sejak bermulanya Program Imunisasi COVID-19 pada 8 Mei lepas, seramai 1,234 penduduk di Daerah Telang Usan telah menerima suntukan vaksin COVID-19.

Daripada jumlah itu, seramai 282 penduduk telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dos kedua mengikut jadual yang sudah ditetapkan.

Mengenai pendaftaran vaksin COVID-19, hanya sekitar 4,000 penduduk di Daerah Telang Usan telah mendaftarkan diri untuk Program Vaksinasi sebelum ini melalui aplikasi MySejahtera dan Pejabat Daerah Telang Usan. 

Antara masalah dan alasan yang dikenal pasti penduduk tidak mendaftar vaksin COVID-19 ialah tiada liputan internet dan tidak tahu untuk memuat turun aplikasi MySejahtera serta tidak mempunyai pengangkutan untuk mendaftar di Pejabat Daerah Telang Usan. -EDISI UKAS

Share
0