174 Penduduk Long Lama Terima Suntikan Vaksin COVID-19

ISNIN, 7 JUN 2021

LONG LAMA: Masalah logistik tidak menghalang 174 penduduk di Long Lama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Terbuka Long Lama pada Ahad. 

Sehingga kini seramai 282 penduduk di sini telah melengkapkan suntikan vaksin dos kedua yang bermula 8 Mei lepas. 

Bagaimanapun, masih ramai penduduk yang mempunyai temu janji terima vaksin tidak dapat hadir ke PPV disebabkan masalah logistik.

Masalah ini telah dibincangkan PPV bersama Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau ketika lawatannya pada Sabtu.

Ini bagi memastikan mereka yang telah mempunyai temu janji terima vaksin dapat hadir dan memperluaskan jumlah penerima vaksin COVID-19 di Long Lama. -EDISI UKAS

Share
0