545 KIR Di Tanjong Datu Mula Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

ISNIN, 7 JUN 2021

LUNDU: Seramai 545 orang Ketua Isi Rumah (KIR) bantuan makanan telah diserahkan ke lapan kampung dan kawasan perumahan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Isnin.

Penyerahan secara berperingkat telah dilaksanakan pada Isnin dan disampaikan oleh wakil Pegawai Daerah Lundu, Mohd Syafiie Ahmad kepada ketua kaum dan ketua kawasan perumahan.

Antara penerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang itu ialah dari Kampung Sekambal Melayu iaitu seramai 103 (KIR), Kampung Bajo (83 KIR), Kampung Pandan (68 KIR), Kampung Sileng Melayu Baru (139 KIR), PMR Taman Mawar (23 KIR) SMK Lundu (29 KIR), Kampung Sungai Lundu (82 KIR) dan Perumahan Bomba Lundu (18 KIR)

Manakala, baki bantuan makanan bagi kawasan DUN Tanjong Datu akan disampaikan pada Selasa selepas simbolik penyerahan yang dijangka disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu. -EDISI UKAS

Share

add comment