610 KIR Di Zon Singai Bau Terima Bantuan Bekalan Makanan SarawakKu Sayang

ISNIN, 6 JUN 2021

BAU: Seramai 610 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BBMSS) di Zon Singai, Bau pada Ahad.

Program BBMSS sumbangan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu telah dikendalikan oleh para petugas pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Penerima BBMSS tersebut membabitkan KIR dari kampung Segong sebanyak 110 (KIR), Kampung Barieng 90 (KIR), Kampung Apar 110 (KIR), Kampung Tabong 70 (KIR), Kampung Mikaguon 30 (KIR), Kampung Sudoh 80 (KIR), Kampung Badul 55 (KIR) dan Kampung Atas 65 (KIR).

Manakala KIR bagi kampung-kampung lain yang belum menerima BBMSS tersebut akan menerima bekalan makanan secara berperingkat kelak.

Turut membantu dalam program agihan tersebut adalah Ahli Majlis Daerah Bau dan para ketua kaum kampung berkenaan.-EDISI UKAS

Share

add comment