ADUN Meradong Lega Jumlah Warga Emas Hadir Mendapatkan Vaksin Bertambah

ISNIN, 7 JUN 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing lega dengan jumlah warga emas yang hadir mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Meradong meningkat.

Beliau yang juga terharu dengan semangat dipamerkan warga emas itu yang juga terbatas pergerakannya dapat memberi semangat kepada masyarakat lain turut berbuat demikian dengan mendaftar nama mereka dengan segera.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Program Suntikan Vaksin COVID-19 di Bintangor yang dihadiri 502 warga emas pada Ahad.

Penerima yang hadir terdiri daripada penduduk Meradong, Semop dan Daro.

Pada masa yang sama, Datuk Ding turut menyumbang sebuah lagi kerusi roda untuk memudahkan pergerakan warga emas semasa mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bintangor.-EDISI UKAS

Share

add comment