Kesesakan Aliran Trafik Hujung Minggu Resahkan Ahli Parlimen Bintulu

ISNIN, 7 JUN 2021

BINTULU: Kesesakan aliran trafik dengan bilangan kenderaan yang agak luar biasa di atas jalan raya pada hujung minggu meresahkan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing. 

Dalam sidang media pada Ahad berkata, beliau sedih melihat situasi ini dan mempersoalkan hala tuju orang ramai yang berduyun-duyun ke pusat bandar.

“Ketika beliau melintasi kawasan pasaraya dan melalui Jalan Bintulu-Miri didapati aliran pergerakan kenderaan tidak banyak, berbanding di bandar Bintulu.

“Sebelum ini kerajaan hanya mengarahakn 30 peratus sektor swasta turun bekerja manakala 70 peratus lagi bekerja dari rumah. Namun bilangan kenderaan yang berada atas jalan raya masih banyak,” katanya. 

Sementara itu, beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China meminta kerjasama masyarakat terutama di kawasan taman perumahan dan bandar supaya menghadkan pergerakan mereka dengan kekal di rumah sekiranya tiada keperluan atau urusan penting. 

Ujarnya, orang ramai perlu mengutamakan nyawa, kesihatan dan kesejahteraan orang lain di sekeliling mereka selain diri sendiri dan sekiranya pihak berkenaan tidak mahu mengambil berat kesihatan atau nyawa sendiri, jangan merisikokan nyawa orang lain. -EDISI UKAS

Share

add comment