Lagi 480 Penerima Vaksin COVID-19 Di Lundu

ISNIN, 7 JUN 2021

LUNDU: Seramai 480 orang lagi penduduk di daerah Lundu menerima dos pertama dalam Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan fasa kedua pada Isnin.

Para penerima tersebut terdiri daripada individu berisiko tinggi telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac di Dewan Masyarakat Lundu.

Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.-EDISI UKAS

Share

add comment