Langkah Terbaik Premis Makanan Terhadkan Pergerakan Pelanggan

ISNIN, 7 JUN 2021

KUCHING : Salah satu langkah terbaik dalam memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) diamalkan untuk sesuatu premis makanan adalah dengan menyediakan perkhidmatan dengan teliti dan terhad.

Seperti premis Pizza Hut di MJC, Batu Kawa yang dipantau, terdapat kelainan dan pembaharuan dari segi perkhidmatan, yang mana setiap pelanggan perlu menulis pesanan makanan di luar restoran, dan hanya dibenarkan masuk untuk membuat pembayaran setelah pesanan siap.

Selain itu, penghantaran makanan melalui ‘Food Panda’ dan ‘Grab Food’ juga ditawarkan bagi memudahkan urusan pembelian.

Inisiatif sedemikian adalah usaha bagi mengawal kesesakan dan bilangan pelanggan di dalam premis disamping mengekang penularan jangkitan COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment