Lebih 1,000 KIR Di Tubau Telah Menerima Bantuan Makanan BKSS

ISNIN, 7 JUN 2021

MURUM: Seramai 1,550 ketua Isi Rumah (KIR) bagi kawasan Tubau telah menerima sumbangan bantuan bekalan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 .

Pengagihan bantuan yang telah memasuki hari kedua pada Sabtu lepas diteruskan untuk penduduk di kawasan Jelalong yang melibatkan 449 KIR dari 19 buah rumah panjang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon yang turut melancarkan kerja-kerja pengagihan menjelaskan bantuan akan diteruskan untuk penduduk di kawasan Asap dan Murum.

Ujarnya bantuan adalah untuk meringankan beban penduduk susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 dalam komuniti. -EDISI UKAS

Share

add comment