Pergerakan Di Kampung Mentu Pondok Dan Kampung Mentu Mawang Dikawal Ketat

ISNIN, 7 JUN 2021

SERIAN : Seperti yang diarahkan pihak berkuasa, Sekatan Jalan Raya (SJR) di simpang jalan utama ke Kampung Mentu Pondok dan Kampung Mentu Mawang, Serian akan terus dijalankan sehingga tamat tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengoperasian yang telah bermula sejak 31 Mei lepas itu dilaksanakan oleh pihak RELA, dibantu oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan pengawalan yang ketat dan teratur tanpa sebarang masalah.

Difahamkan, waktu bertugas harian adalah secara bergilir dengan kekuatan 3 hingga 5 orang, dengan tugasan melakukan rondaan di sekitar kampung bagi memastikan tidak ada penduduk kampung melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan termasuk tidak membenarkan orang luar memasuki kampung tanpa tujuan munasabah. -EDISI UKAS

Share

add comment