Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sibu Diteruskan Minggu Hadapan

ISNIN, 7 JUN 2021

SIBU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Daerah Sibu akan diteruskan pada minggu hadapan bagi memastikan orang ramai yang layak dan telah mendaftar menerima vaksin.

Kementerian Kesihatan Sibu sebelumnya telah menganjurkan program sama selama dua hari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Sibu pada Sabtu dan Ahad.

Hari terakhir program pada Ahad menyaksikan lebih 1000 penerima terdiri daripada warga emas berusia 70 tahun ke atas diberi dos pertama vaksin jenis Sinovac.

Program berjalan lancar dan semua yang hadir mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Zon menunggu juga telah disediakan bagi mereka yang datang awal dan mereka harus mengikut jam temujanji yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

Share

add comment