Pusat Khidmat GPS N.33 Engkilili Agih Bantuan Makanan Kepada 10 Buah Rumah Panjang

ISNIN, 7 JUN 2021

ENGKILILI: Pusat Khidmat GPS N. 33 Engkilili telah melakukan penghantaran bantuan makanan kepada 167 Ketua Isi Rumah (KIR) menerusi Program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0, pada Isnin.

Penerima bantuan adalah daripada Rumah Bandang Pinchoh dan Rumah Valley, Sungai Pinang, (PDM Akop), Rumah Entebang, Nanga Blaie, Rumah Jelanie, Darai, Rumah Jabu, Nanga Tebat dan Rumah Sawing, Marutih (PDM Marutih) dan Rumah Mulok, Kujoh, Rumah Chunggat, Pulau, Rumah Sigan, Pelo dan Rumah Tawie, Blawan (PDM Kujoh).

Simbolik penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh Pegawai Tadbir Daerah Kecil Engkilili, Brin Munsang kepada ahli Majlis Daerah Lubok Antu/Engkilili untuk diagihkan kepada penduduk rumah panjang.

Penduduk rumah panjang merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Selain itu, 4169 KIR lagi akan diagihkan kemudian mengikut tentatif program yang telah ditetapkan. –EDISI UKAS

Share

add comment