Razi Hulur Sumbangan Kepada Penduduk Kampung Bungin, Bantu Pesakit Di Kampung Tuie

ISNIN, 7 JUN 2021

SARIBAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam tampil menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk Kampung Bungin yang sedang menjalani arahan kuarantin kendiri.

Sumbangan tersebut diserahkan melalui pengerusi Kampung Hulu dan Kampung Hilir Bungin kepada 10 orang penerima.

Mereka sebelum ini dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada kes Kluster Spaoh.

Beliau juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Betong untuk memberikan bantuan dengan segera.

Sementara itu, Mohammad Razi menerusi Skuad Kasih Sayang PBB Kampung Hilir Tuie pada Ahad telah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada salah seorang penduduk Kampung Tuie.

Terdahulu, Ketua Kampung Tuie telah menghubunginya untuk memohon bantuan tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment