Seramai 116 KIR Dari Kampung Sebandi & Kampung Serpan Ulu Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

ISNIN, 7 JUN 2021

ASAJAYA: Seramai 116 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Sebandi dan Kampung Serpan Ulu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya menerima sumbangan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang daripada kerajaan Sarawak pada Isnin.

Bakul makanan tersebut merupakan bantuan fasa keenam dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) sumbangan daripada kerajaan Sarawak kepada isi rumah yang terjejas di seluruh negeri khususnya di kawasan DUN Asajaya.

Bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat menghadapi kesan penularan wabak COVID-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini yang bermula 29 Mei lepas sehingga 14 Jun 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment