Seramai 737 KIR Dari Zon Bratak dan Kawasan Melayu, Bau Terima Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang

ISNIN, 7 JUN 2021

BAU: Seramai 737 Ketua Isi Rumah (KIR) dari kawasan Zon Bratak dan Kawasan Melayu, Bau menerima Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang d pada Ahad.

Program sumbangan kerajaan Sarawak itu telah dikendalikan oleh pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Penerima Bantuan Bakul Makanan tersebut membabitkan KIR dari lima buah kampung iaitu Kampung Sibuluh, Kampung Grogo, Kampung Suba Bandar, Kampung Suba Bau dan Kampung Suba Buan yang masing-masingnya seramai 80 KIR.

Manakala, bagi dua buah kampung lagi iaitu Kampung Nowang dan Kampung Tasik Biru masing-masing seramai 40 KIR.

KIR di Kawasan Melayu yang turut menerima bantuan sama adalah Kampung Melayu Buso seramai 71 (KIR), Kampung Seberang Buso 26 (KIR) diikuti dengan Kampung Pengkalan Bau dan Melayu Bau masing-masing seramai 80 (KIR).

Program agihan tersebut berjalan lancar dengan turut dibantu oleh para Ahli Majlis Daerah Bau bagi kawasan DUN Tasik Biru. -EDISI UKAS

Share

add comment