395 Penduduk Daerah Sebauh Terima Vaksin COVID-19

SELASA, 8 JUN 2021

SEBAUH: Seramai 395 orang penduduk di Daerah Sebauh menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh pada Ahad. 

Ketika ini, Porgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua sedang giat dilaksanakan khusus bagi warga emas dan golongan rentan yang mempunyai penyakit berisiko. 

Proses pemberian vaksin COVID-19 berjalan lancar dengan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibantu Sukarelawan MyVac, Sukarelawan PBB DUN Kemena, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Pejabat Daerah Sebauh. 

Dalam pada itu, orang ramai khususnya masyarakat di Sebauh yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin masih boleh berbuat demikian menerusi apllikasi MySejahtera atau datang ke klinik berhampiran dan Pejabat Daerah Sebauh untuk mendaftar secara manual. -EDISI UKAS

Share
0